SELAMAT DATANG Khadijahhashimonoloq.blogspot

Friday, 21 April 2017

New Khadijah Hashim

Assalamualaikum Blogger,


Last post lebih kurang Dua Tahun yang lepas, banyak benda yang telah mengubah hidup aku sepanjang dua tahun ini. Sebenarnya keadaan sekeliling, perangai manusia yang baru aku kenal, yang dah aku kenal lama. Semua menjadi punya berubahnya aku, perubahan aku sekarang ini memberi aku kehidupan yang lebih selesa dan lebih matang dalam setiap perkara yang datang. Juga tidak aku nafikan, kekadang perangai kebudak-budakan dan perangai tidak matang aku tetap ada, cuma bergantung kepada keadaan yang aku hadapi. 

Well, biar aku cerita sedikit selepas aku selesai menjalankan Praktikal di Pusat Rawatan Mahsuri. Aku kena naik Maktab untuk menyudahkan "report" yang aku perlu untuk melengkapkan pengajian Diploma dan Alhamdulillah pada bulan 5 Tahun 2015 aku telah "convo". Happy dapat selesaikan Diploma dengan jayanya. Wah!! 



Selesai Bab convo Pertengahan bulan 5, dan sebelum convo sebenarnya Pihak pengurusan Pusat Rawatan Mahsuri dan call untuk melantik aku sebagai "Account Assistant" di situ. Baru lepas habis mengaji, kerja nak cari memang sudah nak dapat, family cakap terima saja try kerja dulu. Selepas saja hantar report pada hujung bulan 2, aku terus masuk kerja awal bulan 3. Alhamdulillah, sekarang aku dah tetap dan sudah bekerja selama 2 tahun setengah di Hospital ini. Bila fikirkan balik, dari awal dulu memang tak suka masuk hospital, tambah pula nak bekerja di Hospital. Perancangan Allah itu adalah yang terbaik, dan sekarang ini aku tinggal dengan Family. Alhamdulillah aku dapat jaga mak abah. 


Hujung tahun 2015, teringin sangat nak sambung belajar. Cuba nasib minta Pengajian Jarak Jauh di UUM dan Alhamdulillah aku dapat.  Sekarang ini dah nak masuk Semester 4, insyaAllah tahun 2019 aku akan tamatkan Ijazah Pengurusan pentadbiran dengan Kepujian UUM. Lima tahun belajar, pada mulanya terasa beban sangat macam mana nak belajar, dengan nak kerja lagi. Tapi lepas habis Semester 1, baru dapat rentak dan irama untuk belajar sambil bekerja. SEMANGAT MAU ADA! 




Awal Tahun 2016, pada bulan 2. Alhamdulillah aku telah diberi rezeki melalui mak dan abah untuk pergi mengerjakan Umrah aku yang pertama di bumi Makkah dan Madinah. Sapa nak sangka nak dapat boleh p dalam usia yang muda macam ni. Bersyukur sangat dapat menjejakan kaki untuk melihat dengan mata kasar aku sendiri Khabah di hadapan aku. Kiblat yang selama ini aku mengadap untuk mengerjakan Solat. Alhamdulillah aku dapat pergi bersama-sama dengan Embah dan bibik serta kesemua keluarga. Sangat tenang dan damai jiwa aku apabila berada di sana, tidak langsung aku memikirkan hal dunia yang lain. Selama 11 hari 10 malam kami di bumi tanah haram. Kalau diberi kesempatan lain, aku teringin sangat nak pergi menetap lebih lama di sana. 




Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk bernyawa dan untuk bertaubat. Aku hanya manusia biasa yang diberi tangan dan kaki serta anggota badan yang lain untuk aku menjalani kehidupan seperti orang lain. Namun tak lupa aku juga ada kelemahan dan kelebihan yang Allah dah berikan pada aku. Semoga kelebihan yang ada pada aku digunakan sebaiknya dan kelemahan yang aku perolehi ini aku dapat atasi. 

Love KH


No comments: