Cuti MAULIDUR RASUL DAN TAIPUSAM buatkan cuti dekat MKM ni panjang sangat, dekat seminggu kitaorang cuti, memang lama gila kot. ada yang balik berehat bersama dengan family, ada yang pergi jalan-jalan dan ada jugak yang duduk DORM saja. Aku ini lah salah sorang dari budak budak yang musafir yang tak dapat balik ke pangkuan FAMILY, wah ayat sedih dah kuar rupanya. macam mana nak balik, raya cina nak balik lagi, memang jenoh lah kalau dok balik kerap kerap ni.
Sepanjang cuti yang 6 hari ini, banyak aktiviti kitaorang rancang, yang salah satunya menjadi bila kitaorang cadang nak p tidor rumah membe ANA (budak dorm) dekat SHAH ALAM.
Before p tuh,kitaorang g tengok wayang dekat MID VALLEY dulu, lepas selesai solat asar, kitaorang gerak ke shah alam, dalam 30 jugak laa sementara dok cari rumah sewa membe ANA. agak nak magrib jugak lah baru kitaorang sampai. sudah sampai tuh. solat magrib dan isyak kitaorang gerak makan dulu. Perot kosong lah katakan, sampai mata aku ni pinau, aku tak cakap banyak bila aku lapaq, so kitaorang makan dulu, THEN baru p I-CITY. 
Dari jauh memang dok nampak dah lampu silau silau. memang dok perasan dah dari tadi. hehehe. tersenyum jugak lah aku nampak. makin tak sabar aku nak p sana. Lepas sampai aku dengan 2 3 orang membe yang lain gerak p i-city. pelbagai jenis lampu kitaorang boleh tengok, bila tengok sweet couple kat situ ramai sangat, rasa jelous, nak saja aku macam tuh jugak, tapi sapa la anak bawak aku kann,kena lah p sendiri dengan kawan kawan. hummm. naik pulak kapal. memang jenoh laa. pening kepala aku.rasa macam nak muntah balik apa yang aku makan tadi. erhhh! sumpah aku tak mau naik dah lepas ni. memang tak mau dah. nasib aku tahan sabar, tarik nafas dalam dalam. Alhamdulillah. segalanya ok, rehat kejap, then pukul 1.30 pagi kitaorang gerak balik. Aku letih sangat, esok nak drive lagi. tapi bila dah sampai rumah sewa kawan aku. tak pulak mata aku ni nak tido. pukul 8 kitaorang terjaga. siap2kan diri, kitaorang gerak balik dari shah alam awal, sebab aku takot tersesat kan. tuh yang kuar awal. memandangkan sampai awal di Petaling jaya, kitaorang singgah AMCORP MALL. 
Macam2 benda kitaorang kelebekk kat situ, letih memang tak taw nak habaq dahh. nak saja aku hantar kereta sewa tuh secepat mungkin. tepat pukul 12teghari kitaorang hantar kereta tuh. Selesai hantar. alhamdulillah. sampai dorm mayang basuh baju then TIDOR ! :)
Pengalaman yang sedap jugak laaa,belajar sabar, even korang pon tahu kan shah alam macam mana, satu lagi sebab tak penah aku keluar selewat tuh. hahaha,tahu dek mak aku marah beno dia. aku cuma bagtaw pasai nak g i-cty saja, tak gtaw nak balik pukul berapa. hope mak aku pon paham. sayang mak ^ ^ selingan, ada gambar yang kitaorang ambik kat i-city
Terima kasih kepada arina, yang snap picture ni.  ;)
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM
 






 
No comments:
Post a Comment