Haloo..As all of you know, haaa musim deqian kan dah nak habis. So meh aku cerita sikit our family weekend baru ni abah ajak kami masuk dusun arwan tok man. Sebelum ni Abah sendiri tak masuk selama 22 Tahun katanya dan ni abah nak bawak kami adik beradik masuk dusun. Untuk 27tahun ni, first time la aku masuk dusun tok man ni.
Dulu masa arwah ada, setiap kali musim deqian, dia akan call ja kami p ambek boh dalam bonet kereta bawak balik rumah, pastu pakat makan. And now, kami sendiri p kutip buah deqian kat dusun. Lama tak masuk hutan, tenang gila rasa tengok hijau-hijau. Siap boleh panjat pokok mana tak bestnya.
Hasil tangkapan kami pagi Jumaat yang hari tuh. buah baru luruh semalam, ada la yang mangkaq sikit. bukan takat orang ja mangkaq, buah pun mangkaq hampa tau hahahaha
Ootd buah deqian.
Hat ni cerita dia aku panjat pokok cempedak. Mana tak panjat, buah banyak lepas tuh galah pulak tak dak dengan tangga tak wak mai. Tangga dok ada tuh pulak kalau aku naik setapak mau qelai habis. So mau tak mau kena qapat lah untuk ambik buah. Abah memang tak mau panjat dah, hehehe anak teruna dok tidoq tak mau ikut, tapi bab makan dia nak makan. huhh. Anak dara pak hashim la qapat pokok ambik buah cempedak. Cerita dia dulu ni dok panjat jugak pokok rambutan, pokok apa lagi entah lupa dah sampai khemah kenduri rumah mengasuh pun aku panjat, lepas tuh tangan retak jatuh punya pasai. Time tuh baru nak ingat abah, sakit time p mengurut. hahaha bertabahlah anak dara pak hashim ni sorang. Bila letak dalam group Anak cucu tok man, pakat dok kata hantaran mahai ni sebab serba boleh. Eh, nak cerita pasai panjat pokok sahaja, dok melaqat p kot lain pulak dah. Bukan apa nak cerita, orang tengok aku ni kasar dari mata kasar depa tu, depa tak tau dalaman aku ni lembut nak mampoih, luaran ja buat cekang habis, masuk bab jiwa ni hancur weh hancur. hahaha boleh panjat pokok pun mau bab kena clash ni lemah jugak la.
Oh sudah, hahahaha panjang dah kot cerita ni. Next gambar.
Oh sudah, hahahaha panjang dah kot cerita ni. Next gambar.
Dok berkawad dalam Dusun la, lama tak berkawad.
Ini dia hantu deqian. Mama baini ni kalau tak kena deqian tak sah. Dia p kutip satu dusun mau boleh kat dia jugak hehehe. Happy weekend guys. Ada yang tak makan deqian? Busuk bau deqian? Hehe bertabahlah wahai anda semua. Kali ni Deqian menjadi. Dusun Tokwan Man.
Love KH